Sesi Pertama · Percuma
Sembang Hartanah Percuma
Ramai yang tak tahu dari mana nak mula. Sesi pertama bersama kami adalah untuk faham situasi anda — bukan untuk terus tanda tangan apa-apa.
Mula Sesi PercumaApa yang kami buat dalam sesi sembang hartanah?
Ini bukan jualan. Ini sesi untuk anda faham proses & pilihan sebelum memulakan sesuatu berkaitan hartanah.
Langkah 1 — Kenali apa yang anda cari
Sewa atau beli? Kawasan mana? Bajet berapa? Kami bantu anda tentukan kriteria yang betul supaya carian tidak tersasar.
Langkah 2 — Faham proses dari A hingga Z
Perjanjian, deposit, loan, pengurusan pindah masuk, hidden fees — kami terangkan setiap langkah supaya anda tak terlepas pandang perkara penting.
Langkah 3 — Kami carikan pilihan yang sesuai
Kami wakili ramai pemilik hartanah di Wangsa Maju, Setiawangsa & Setapak. Listing kami tidak semua tersenarai di laman utama — ia berubah setiap hari. Beritahu kami keperluan anda, kami yang cari.
Soalan yang selalu ditanya
"Saya belum pasti nak sewa atau beli — boleh tanya dulu?"
Boleh. Itulah tujuan sesi pertama. Kami bantu anda buat keputusan yang tepat, bukan target untuk close deal.
"Adakah saya perlu bayar untuk konsultasi ini?"
Tidak. Sesi pertama adalah percuma sepenuhnya, tanpa sebarang komitmen.
"Ada udang di sebalik batu? Nanti kena paksa membeli."
Tiada agenda tersembunyi. Pelanggan yang faham proses lebih mudah untuk berurusan di kemudian hari — itulah kelebihan sebenar sesi ini buat kami. Fokus utama kami pun di Lembah Klang, jadi kalau ada ejen lain yang anda lebih selesa atau kawasan lain yang anda minati, kami okay je. Nak kami kenalkan ejen lain yang boleh dipercayai pun, kami boleh bantu.
"Kenapa listing di laman web tak lengkap?"
Hartanah bertukar tangan setiap hari — susah nak kemaskinikan semuanya dengan kekangan masa. Sebenarnya, kebanyakan ejen berkongsi listing yang hampir sama dari group hartanah. Jadi cara paling mudah: beritahu je apa yang anda cari dan bajet anda, kami yang carikan. Lebih jimat masa berbanding scroll sendiri.
"Ada hartanah tertentu yang saya nak, tapi tak nampak dalam listing?"
Macam memancing — rezeki tu adalah rahsia, timing paling penting. Hartanah yang anda impikan mungkin belum tersenarai hari ini, tapi boleh muncul esok. Tinggalkan je keperluan anda bersama kami — kawasan, bajet dan nilai komitmen yang anda selesa — bila ada yang sepadan, kami terus hubungi anda. Sambil tunggu, sediakan diri dari segi kewangan dan dokumen. Bila masa tiba, anda perlu bertindak pantas — hartanah yang bagus cepat je orang lain sambar.
Tentang Ejen

Wan Amirul Hakim
Ejen Hartanah · Maxxan Realty · Wangsa Maju, Setiawangsa, Setapak
"Matlamat saya bukan untuk jual. Saya nak anda jumpa hartanah yang betul-betul sesuai, fokus utama sekitar Setiawangsa, Wangsa Maju dan sekitar Lembah Klang. Hubungi saya, kita berbincang dulu untuk selesaikan persoalan anda."
Perkhidmatan Kami
Sewa Rumah
Bantu cari penyewa atau hartanah sewa yang sesuai ikut bajet anda.
Jual Beli Hartanah
Subsale, freehold & leasehold — kami boleh penuhi keperluan anda.
Konsultasi Percuma
Tanya apa sahaja tentang hartanah — tiada bayaran, tiada komitmen.
Bersedia untuk berbincang?
+60 17-229 6224 · info@rumahdkl.com